Selasa, 30 Ogos 2016

RUKUN-RUKUN SOLAT

13 Rukun Sholat

13 Rukun Solat

1. Berdiri Betul
Jika tidak mampu boleh dengan duduk, jika tidak mampu juga boleh solat dalam keadaan berbaring
2. Niat
Dilakukan sewaktu mengangkat takbiratul ihram
3. Takbiratul Ihram
Mengucapkan perkataan Allahu Akbar
4. Membaca Al-Fatihah
Bermula dengan bacaan Bismillah, hingga Waladhaallin
5. Rukuk dengan Thumakninah
Membongkok 90 derajat
6. Iktidal dengan Thumakninah
Berdiri betul selepas rukuk
7. Sujud Dua Kali dengan Thumakninah
Membongkok sehingga dahi berada dipatas lantai
8. Duduk Antaran dua sujud dengan Thumakninah
Duduk sebentar selepas sujud yang pertama
9. Duduk Bagi Tahaiyat akhir
10. Membaca Tahaiyat Akhir
11. Membaca salawat
Membaca salawat atas junjungan Nabi Muhammad SAW
12. Memberi Salam
Memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam
13. Tertib
Mengikuti aturan, tuntunan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam solat dari rukun ini dinamakan sunat

Keterangan:
Thumakninah dalam solat adalah berhenti sejenak untuk menenangkan hati dalam rangka melakukan gerakan solat lebih lanjut

  Syarat-syarat wajib solat

1.      Islam.
2.      Suci dari hadas kecil,besar dan nifas.
3.      Berakal,tidak wajib orang yang gila.
4.      Baligh(sampai umur dewasa).
5.      Keluar mani
6.      Bermimpi bersetubuh.
7.      Mulai keluar darah haid bagi perempuan.

Syarat-syarat sah solat

1.      Suci dari hadas kecil & besar.
2.      Suci dari badan,pakaian dan tempat dari najis.
3.      Menutup aurat.
4.      Mengetahui masuknya waktu solat.
5.      Menghadap arah kiblat(Ka'abah)semasa mendirikan solat.

Perkara-perkara yang membatalkan solat

1.      Meninggalkan mana-mana rukun solat atau rukun solat sebelum menyempurnakannya.
2.      Meninggalkan mana-mana syarat sah solat (contoh:berhadas).
3.      Berkata-kata dengan sengaja kecuali terlupa.
4.      Banyak bergerak.
5.      Makan dan minum.
6.      Makan dan minum dengan sengaja.       
Jika makan atau minum dengan tidak sengaja atau tidak sedar, maka tidak membatalkan solat.
7.      Berkata-kata dengan sengaja.
Daripada Zaid bin al-Arqam r.a. katanya: “(Dahulu) kami sering berbicara ketika sedang solat. Salah seorang sahabat kami mengajak bicara teman yang berada di sampingnya ketika solat, hingga turunlah ayat: ‘Dab laksanakanlah solat kerana Allah dengan khusyuk.’ (Surah al-Baqarah 2: 238), maka kami diperintahkan untuk diam dan melarang kami berbicara (ketika sedang solat).” (Riwayat al-Jamaah)
8.      Berhadas sebelum salam yang pertama.
9.      Badan atau pakaian terkena najis.
10.  Berdehem, mengeluh, bergurau atau ketawa.
Jika mengandungi dua huruf atau lebih tanpa uzur dan boleh didengari, kecuali jika semua itu terjadi kerana takut kepada Allah atau kerana rasa sakit dan dia tidak mampu menahan untuk tidak mengucapkannya.
11.  Banyak bergerak yang bukan gerakan solat.
Tetapi sekiranya gerakan tersebut sedikit, maka tidak batal solat. Ukuran banyaknya gerakan adalah tiga kali berturut-turut oleh satu anggota dalam satu rukun solat.
12.  Sengaja meninggalkan rukun atau syarat sah solat dengan sengaja tanpa keuzuran yang dibolehkan oleh syarak seperti sengaja tidak menghadap kiblat atau berubah niat.
13.  Terbuka atau membuka aurat dengan sengaja walaupun sedikit. Sekiranya tidak sengaja, tidak batal solat andai dapat ditutupi semula dengan segera.
14.  Makmum yang sengaja mendahului imam.
15.  Makmum yang sengaja mendahului imam satu rukun solat. Jika tidak sengaja, maka hendaklah makmum tersebut kembali mengikut imam dan solatnya tidak batal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan